Kultur tisu (mikropropagasi) merupakan salah satu teknik khusus untuk pembiakan/pertumbuhan secara aseksual di mana sebahagian kecil dari tisu (akar, apeks, bahagian daun atau sell individu) di ambil dan diletakkan secara steril (aseptic) ke dalam tabung uji, piring petri atau bekas tisu kultur yang mengandungi media kultur khas.
Media kultur ini mengandungi gel (agar) yang di campur tepat dengan nutrien, glukosa (gula), vitamin dan hormon yang mana akan membantu pembesaran pada bahagian tumbuhan dalam kadar masa yang cepat untuk menghasilkan anak pokok (plantlet) yang baru. Anggaran bagi setiap satu apek chrysanthemum yang di kulturkan boleh menghasilkan sehingga 1,000,000 anak pokok (plantlets) yang baru dalam tempoh satu tahun. Oleh yang demikian, tisu kultur telah di gunakan untuk menggandakan penghasilan pokok dengan cepat. Kesemua prosedur telah di jalankan di dalam makmal dan menggunakan kabinet ventilasi (Laminar Air Flow) yang steril seperti bilik makmal untuk menjalankan proses kultur tisu.
Figure 1: Tissue Culture Process
Tissue culture (micropropagation) is a special type of asexual propagation where a very small piece of tissue (shoot apex, leaf section, or even an individual cell) is excised (cut-out) and placed in sterile (aseptic) culture in a test tube, petri dish or tissue culture container containing a special culture medium.
No comments:
Post a Comment